AntarabangsaHollywood

Brad Pitt Dikaitkan Bercinta Dengan Profesor Universiti Massachusetts

Pelakon Brad Pitt kini sedang hangat dikatakan bercinta dengan seorang profesor di Massachusetts Institute of Technology, Neri Oxman.

Menurut sumber terdekat memetik US Weekly, Brad dilaporkan sudah jatuh cinta dengan wanita berusia 42 tahun itu.

“Brad memang sudah benar-benar angau dengan Neri. Keserasian mudah tercipta di antara mereka berdua,” kata sumber itu.

Ini merupakan kali pertama Brad dikaitkan dengan wanita lain sejak berpisah dengan bekas isterinya pada September 2016.

Pasangan ini juga dikatakan selalu bercuti bersama-sama tanpa diketahui pihak media mahupun paparazzi.

Percutian terbaharu mereka adalah ketika Brad menemani Neri ke Afrika Selatan pada Februari lalu di mana teman wanita aktor itu merupakan salah seorang panel untuk Persidangan Rekaan Indaba di sana. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button