• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Berkongi Rasa Positif Dengan Peminat, Bella Tampil Single Tenang

Setelah lebih 12 tahun tidak muncul dengan lagu baharu, kali ini penyanyi Bella Astillah, 26, tampil dengan single Tenang bagi memperkukuhkan namanya dalam industri hiburan.

Berkongsi lanjut mengenai lagu itu, Bella yang juga ibu tunggal beranak satu berkata, Tenang bukanlah mengenai kisah hidupnya 100 peratus.

“Saya percaya setiap individu menginginkan kehidupan yang baik. Bagi saya, apabila kita sentiasa positif, insya-Allah mudah untuk berasa tenang. Dari situ, saya dan komposer mendapat sedikit inspirasi untuk lirik lagu Tenang.

“Lirik lagu ini tidak sepenuhnya mengenai perjalanan hidup saya, tapi lebih kepada ingin berkongsi perasaan positif untuk sentiasa bersangka baik dengan ujian dan jangan putus asa,” katanya yang kali terakhir merakamkan lagu tema untuk drama bersiri Diari Ramadan Rafique ketika dirinya berusia 14 tahun.

Bella berkata, walaupun sudah lama meninggalkan dunia rakaman suara, pengalaman merakamkan Tenang sesuatu yang mengujakan.

Apatah lagi dia dibantu komposer hebat dan berpengalaman sekali gus memudahkan proses itu. Lagu ciptaan komposer Audi Mok yang diedarkan Universal Music itu bakal dilancarkan bermula esok.

“Proses merakamkan lagu Tenang sangat tenang. Di mana segalanya dipermudahkan. Alhamdulillah, dengan bantuan Audi Mok sendiri membuatkan saya lebih selesa dan sangat mudah.

“Kami saling mendengar pendapat masing-masing. Itu yang memudahkan lagi proses rakaman lagu ini. Begitu juga ketika proses memperdengarkan melodi lagu. Audi sangat memahami dan kreatif,” katanya.

Lagu Tenang akan dilancarkan secara rasmi di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 12 tengah malam ini.

Manakala bagi video muzik pula dilancarkan di saluran YouTube Universal Music Malaysia pada jam 3.00 petang esok. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend