
AntarabangsaHollywood
Beyonce Penyanyi Wanita Paling Kaya 2017
Beyonce bergelar penyanyi wanita paling kaya di dunia tahun ini selepas memperolehi pendapatan sebanyak AS$105 juta (RM432 juta).
Forbes menyenaraikan Beyonce di tempat pertama diikuti penyanyi British, Adele dengan pendapatan sebanyak AS$69 juta (RM283 juta) manakala Taylor Swift di kedudukan ketiga, dengan pendapatan mencecah AS$44 juta (RM181 juta).
Pendapatan selebriti-selebriti itu dikira bermula 1 Jun 2016 sehingga 1 Jun tahun ini.
Pendapatan Beyonce paling lumayan diperolehinya menerusi album keenamnya, Lemonade yang dilancarkan April tahun lalu selain kejayaan besar menerusi konsert jelajah Formation yang berjaya mengutip berpuluh juta ringgit. – KopiPlanet.com
Apakah reaksi anda?
+1
+1
+1
+1
+1
+1
+1