• FOLLOW US
Antarabangsa, Hollywood

Beza 36 Tahun, Madonna Serius Jalin Cinta Dengan Lelaki Muda

Walaupun mempunyai perbezaan usia yang cukup jauh, namun ia tidak menjadi penghalang buat penyanyi Madonna menjalin cinta dengan salah seorang penarinya, Ahlamalik Williams yang berusia 25 tahun.

Malah, hubungan mereka dikatakan semakin serius apabila baru-baru ini penyanyi berusia 61 tahun itu mengundang ibu bapa teman lelakinya untuk menjamu selera dengannya.

Bapa Ahlamalik, Drue menerusi TMZ turut mendedahkan hubungan anaknya dengan penyanyi itu sudah berlarutan sejak setahun lalu. Drue dan isteri memberi sepenuh kebebasan kepada anak mereka dengan siapa mereka mahu bercinta.

“Umur bukanlah penghalang. Saya gembira untuk anak saya,” katanya. Malah Drue turut mendedahkan dalam pertemuannya dengan Madonna, penyanyi itu menyatakan dia sangat menyayangi Ahlamalik dan mahu sentiasa berada di sampingnya.

Kedua ibu bapa Ahlamalik turut diundang Madonna untuk menyaksikan konsert jelajahnya yang bakal diadakan di London dan Paris pada awal tahun ini.

Madonna berkenalan dengan Ahlamalik pada 2015 apabila jejaka itu hadir pada sesi ujibakat pencarian penari untuk konsert Madonna. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend