AntarabangsaKpop

Big Hit Entertainment Giat Kesan Penjenayah Buli Siber BTS

Syarikat pengurusan kumpulan BTS, Big Hit Entertainment dengan tegas mengeluarkan satu kenyataan terbaharu mereka mengenai kata-kata fitnah yang dilemparkan terhadap kumpulan tersebut di media sosial.

Menurut agensi pengurusan itu, pihak mereka tidak akan berlembut dan akan lebih bertegas sekiranya mempunyai mana-mana komen jahat yang berniat untuk menjatuhkan imej BTS di mata umum.

Setakat ini, seorang netizen telah didenda sebanyak 4 juta won (RM14,232.00) di atas tiga kesalahan penulisan fitnah yang ditujukan terhadap kumpulan tersebut.

“Sekiranya si tertuduh mengulangi semula kesalahan sama walaupun sudah dijatuhkan dengan hukuman denda, pihak kami tidak teragak-agak untuk memfailkan saman di mahkamah sivil atas kerosakan imej yang telah dibuat tertuduh kepada artis naungan kami. Kami tidak akan berlembut lagi selepas ini,” memetik kenyataan media tersebut.

BTS yang mula ditubuhkan pada 2013 dianggotai oleh V, Jin, Jimin, J-Hope, RM, Suga dan Jungkook. Mereka mencipta fenomena di seluruh dunia apabila baru-baru ini berjaya menjuarai carta lagu Billboard Amerika Syarikat menerusi single terbaharu mereka, Dynamite. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button