EventHiburan

Bintang Hong Kong Turut Meriahkan KL Jamm Live For Music

Festival muzik besar-besaran, KL Jamm Live for Music bakal dimeriahkan dengan persembahan daripada artis Hong Kong menerusi kerjasama yang dijalinkan dengan Hong Kong Asian-Pop Music Festival (HKAMF)

KL Jamm yang akan berlangsung selama tiga hari bermula 26 hingga 28 April ini diadakan di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (Mitec), Kuala Lumpur.

Menurut pengarah festival KL Jamm, Datuk Norman Abdul Halim kerjasama ini bertujuan untuk memberikan pelbagai variasi genre penyanyi yang dapat menarik pengunjung ke festival muzik terbesar Malaysia itu.

“Pihak kami amat berterima kasih dan berbangga kerana dapat menjalinkan kerjasama dengan festival muzik serantau seperti HKAMF untuk menjayakan KL Jamm pada tahun ini.

“Pihak kami berharap akan dapat memperkukuhkan lagi kerjasama ini dengan mendapat penglibatan lebih banyak lagi artis serantau khususnya bagi pentas APEX (Asia Pacific Music Exchange) yang akan menjadi platform bagi mempromosikan artis-artis baru di rantau Asia Pasifik,” kata Norman kepada KopiPlanet.com

Norman ditemui pada majlis sidang media KL Jamm yang berlangsung di Mitec, Kuala Lumpur semalam.

Pada majlis yang sama, penganjur festival, Music Unlimited turut memperkenalkan artis Canto-Pop J. Arie sebagai Duka HKAMF yang akan turut membuat persembahan di pentas KL Jamm.

Selain kehadiran artis Hong Kong, kumpulan popular Korea Selatan, NCT Dream turut akan menjayakan persembahan. Selain itu, barisan artis popular tanah air seperti Datuk Sheila Majid, Datuk Zainal Abidin, Datuk Ramli Sarip, Zamani, Bunkface, Ruffedge, Joe Flizzow dan SonaOne turut akan mempersembahkan nyanyian hebat mereka menerusi beberapa pentas yang akan dibuka sepanjang tiga hari festival muzik itu berlangsung.

Penjualan tiket bagi konsert-konsert KL Jamm boleh didapati menerusi www.kljamm.com. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button