• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Boleh Kurang Nafsu Makan, Netizen Kecam Essential Oil Hanis Zalikha

Rezeki pasangan suami isteri, Hanis Zalikha dan Hairul Azreen semakin murah sejak dikurniakan cahaya mata kedua, Alisa Aisyah.

Terbaharu, Hanis menerusi perniagaannya, Cakenis telah memperkenalkan dua produk terbaharu iaitu bengkung dan minyak, petite oil yang dikatakan boleh mengurangkan nafsu makan.

Namun, rata-rata netizen telah menghentam kembali petite oil keluaran pelakon dan pengacara itu yang dikatakan tidak disertakan dengan penjelasan saintifik mengenai keberkesanan produk tersebut.

Menerusi kapsyen di laman Instagram, Hanis menjelaskan Cakenis Petite oil menggunakan formulasi essential oils, yang boleh digunakan di bahagian perut, pinggul, lengan dan sebagainya.

Hanis turut mendakwa minyak keluarannya itu boleh mengawal nafsu makan seseorang serta merawat kulit di bahagian berlemak.

 

View this post on Instagram

 

Menjawab soalan-soalan yang menderu masuk. Cakenis Petite Oil adalah formulasi essential oils, untuk disapu di bahagian perut, pinggul, lengan & sebagainya. Ada dua fungsi utama: Kawal nafsu makan & rawat kulit bahagian berlemak. Cakenis Petite Oil 100ml bakal dijual secara berasingan bermula 20 September nanti. Manakala setiap pembelian Cakenis Curves (wrap/girdle/corset) tetap akan dapat Cakenis Petite Oil 60ml dalam satu set. Boleh order atau book dari pengedar sah Cakenis Curves: . (N9) @cikhoshi – 0195345689 (KL) @cakeniscurveskl.my – 01156364456 (KL) @beautybyaidaaa – 0194960543 (KL) @cakenis.cv – 0143284951 (SEL) @cakenisyayazlkflee – 01111993021 (JHR) @cakenisjb 0187761600 (SG) @sarah_marguerita +6582338640 (SG) @nabma_sg +6587518742

A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha) on

Netizen kemudiannya mempersoalkan kapsyen yang ditulis Hanis dan tidak mempercayai produk itu boleh membuatkan seseorang menjadi kurus.

Seorang netizen menulis, “Siap ada testimoni sapu berapa kali je dah lost 3 inci. Apo? Penipu gila.”

“Lawak betul artis Malaysia ni.. tahu la followers ramai berjuta tapi macam memperbodohkan je.. Nak buat duit pun beragak la sikit. Aku perhati je artis-artis jual produk guna nama dorang yang famous ni,”tulis seorang lagi netizen.

“As far as I know, essential oil ni membantu untuk menenangkan fikiran. There is no such thing boleh mengurangkan/kawal rasa nak makan. Kalau ada, orang yang first buat essential oil dah boleh menang Nobel Prize dan obesiti mungkin dah pupus,” komen seorang pengguna Twitter.

Hanis telah melancarkan produk terbaharunya itu dengan menjemput beberapa rakan selebriti dalam sebuah majlis minum petang, baru-baru ini.

Antara selebriti yang hadir memeriahkan majlis ialah Sariyanti, Syatilla Melvin, Shaheizy Sam, Mimi Lana, Elfira Loy dan Shalma Ainaa. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend