AntarabangsaHollywood

Brad Pitt Bawa Kekasih Bercuti Di Lokasi Perkahwinannya Dengan Angie

Pelakon Brad Pitt dikatakan sengaja mahu menyakitkan hati bekas isterinya, Angelina Jolie dengan membawa teman wanitanya, model kelahiran Jerman, Nicole Poturalski bercuti di lokasi perkahwinannya dengan Angelina di Chateau Miraval, Perancis baru-baru ini.

“Dengan membawa Nicole bercuti di lokasi perkahwinannya dengan Angelina, Brad pastinya tahu apa yang dia buat dan dapat meneka apakah reaksi yang bakal diberikan oleh bekas isterinya itu.

“Brad tidak kisah sekiranya Angelina berasa marah, mengamuk atau sedih padanya kerana dia memang menjangkakan perkara itu akan berlaku,” kata sumber terdekat aktor tersebut memetik US Weekly.

Selepas 12 tahun hidup bersama serta dua tahun berada dalam tempoh perkahwinan, Brad dan Angelina disahkan berpisah pada September 2016.

Hubungan Brad dan Angelina tidak baik selepas mereka melalui beberapa episod ‘peperangan’ untuk mendapatkan hak penjagaan anak.

Hasil perkongsian hidup mereka mempunyai enam anak termasuk tiga anak angkat iaitu, Maddox, 19, Pax, 16, Zahara, 15, Shiloh, 14, serta pasangan kembar, Knox dan Vivienne, 12.

Kes hak penjagaan anak Brad dan Angelina bakal didengar semula pada Oktober ini. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button