AntarabangsaKpop

BTS Dilantik Duta Global Jenama Sukan Fila Selama 5 Tahun

BTS baru-baru ini diumum sebagai duta global bagi jenama aksesori sukan popular, Fila.

Perkara itu diumumkan Fila menerusi media sosial rasmi mereka dengan memuat naik gambar setiap ahli kumpulan itu menggayakan jenama Fila.

Susulan kerjasama itu, Fila dan BTS akan menjayakan kempen One World One Fila.

Kumpulan yang dianggotai Jungkook, V, RM, Jin, Suga, J-Hope dan Jimin itu mengikat kontrak selama lima tahun dengan Fila sebagai wajah rasmi mereka.

Iklan yang memaparkan wajah dan imej mereka akan dipamerkan di semua butik Fila, laman web rasmi serta saluran media sosial jenama popular tersebut. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button