AntarabangsaKpop

BTS Pecah Rekod Lagi, Dynamite Lagu No. 1 Carta Billboard AS

BTS sekali lagi mencatatkan sejarah tersendiri apabila kumpulan itu bergelar penyanyi pertama dari Korea Selatan yang berjaya menduduki tempat pertama dalam carta lagu Billboard 100 di Amerika Syarikat.

Kejayaan itu diraih menerusi single terbaharu mereka berjudul Dynamite. Menurut laporan Forbes, lagu tersebut telah distrim sebanyak lebih 34 juta kali selain terjual lebih 300,000 kali pada minggu pertama single itu dikeluarkan sejak 21 Ogos lalu.

Perkara itu sekali gus membanggakan seluruh rakyat Korea Selatan kerana ia bukanlah mudah untuk penyanyi negara luar menembus carta Billboard 100 yang sebelum ini lebih banyak dipelopori penyanyi Amerika.

Menerusi Anugerah Muzik Video MTV (MTV VMA) yang diadakan pada Ahad lalu, BTS turut mengumpul trofi peribadi apabila berjaya menggondol kesemua empat kategori yang mereka tercalon iaitu Kumpulan Terbaik, K-Pop Terbaik, Pop Terbaik dan Koreografi Terbaik.

Rakan senegara mereka, kumpulan Blackpink turut tidak pulang tangan kosong apabila berjaya membawa pulang trofi Lagu Musim Panas Terbaik menerusi single, How You Like That yang dilancarkan pada Jun lalu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button