• FOLLOW US
Antarabangsa, Kpop

BTS Tercalon Dalam Senarai ‘Time 100 Individu Paling Berpengaruh 2019’

Kumpulan K-Pop yang menjadi fenomena di seluruh dunia, BTS tersenarai dalam pencalonan awal ‘Time 100 Individu Paling Berpengaruh 2019’.

Anugerah individu paling berpengaruh itu diadakan secara tahunan dan pihak majalah Time akan mengeluarkan senarai penuh itu selepas undian selesai dijalankan dalam jangka masa yang ditetapkan mereka.

Senarai itu pertama kali diperkenalkan pada tahun 1999 hasil perbincangan daripada pakar akademik, ahli politik dan wartawan di seluruh Amerika Syarikat. Sejak itu, senarai tersebut menjadi antara pengiktirafan yang paling ditunggu-tunggu setiap tahun.

Kebanyakan yang tercalon merupakan individu atau kumpulan yang mana pengaruh mereka dapat memberi perubahan besar buat dunia secara amnya.

Selain BTS, antara yang tersenarai dalam senarai itu untuk diundi oleh editor Time serta penulisnya dari seluruh dunia ialah Presiden Amerika, Donald Trump, bintang tenis, Serena Williams, Duchess of Sussex, Meghan Markle dan bintang Hollywood, Cardi B. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend