
“Bukan Nak Tayang Aurat, Hanya Kongsi Telatah Mak Yong” – Jaa Suzuran
Penyampai radio Era, Jaa Suzuran tidak berniat untuk menunjuk keseksiannya menerusi video yang dimuatnaik di laman Instagramnya, baru-baru ini.
Jaa menerima kritikan negatif daripada netizen gara-gara dirinya yang hanya tampil dengan membuka seluar dan hanya memakai seluar pendek ketat ketika seorang wanita mahu menyapu ubat dilututnya.
“Saya tahu aurat itu harus perlu dijaga, tetapi yang sebenarnya saya hanya nak tunjuk telatah Mak Yong yang mahu menyapu ubat di kaki saya. Cuma peminat lebih fokus kepada pemakaian saya.
“Sebelum ini pun saya selalu juga memakai seluar pendek sewaktu bermain bola sepak, namun tiada orang tegur pula cara berpakaian saya ketika itu,” katanya kepada KopiPlanet.
Jaa ditemui pada majlis sidang media programThe Amazing Sunway City Challenge yang berlangsung di Sunway Resort & Spa, Subang Jaya, hari ini.
Sementara itu, Jaa turut melahirkan perasaan teruja kerana terpilih mewakili Malaysia dalam pertandingan itu yang mana turut melibatkan sembilan lagi selebriti media sosial dari seluruh Asia.
Menurut Jaa, 24, dia memasuki pertandingan ini bukan semata-mata mahu menempa populariti, tetapi sebaliknya untuk mengharumkan nama Malaysia ke persada Asia.
“Saya terharu apabila dipilih mewakili Malaysia. Saya masuk ini pun untuk mencabar diri melakukan pelbagai cabaran lasak yang disediakan termasuk seperti aktiviti bungee jumping dan flying fox.
“Pada masa sama, saya juga nak cuba mencabar diri untuk mengatasi ketakutan terhadap benda tinggi (gayat), ” katanya. – KopiPlanet.com
Artikel: Syafiqah Othman
Pelajar Praktikal UiTM Puncak Perdana




