
Bukan Pelakon Erra Fazira Yang Kahwinlah…
Perkongsian yang dibuat oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang menikahkan satu pasangan ternyata menjadi perhatian ramai.
Apa yang menjadi tumpuan apabila nama pengantin perempuan adalah sama dengan nama pelakon popular iaitu Erra Fazira.
“Tahniah Puan Erra Fazira dan suami atas pernikahan sebentar tadi. Ia berlangsung di pejabat JAWI dalam tempoh tidak melebihi 20 minit dengan mematuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak JAWI.

“Nama kebetulan sama, namun bukan individu yang disangka. Saya pun mula-mula terkejut. Ingatkan pelakon filem Sembilu.
“Moga ikatan perkahwinan diberkati Allah SWT, berbahagia dengan pasangan masing-masing dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah,” kongsi beliau di laman sosial Facebook miliknya.
Ternyata perkongsian yang dibuat beliau juga mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai. – KopiPlanet.com