• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

“Bukan Sorok Kekasih, Cuma Tak Mahu Terlalu Menunjuk” – Reen Rahim

Tidak pernah menyorok statusnya yang kini sedang hangat bercinta dengan jejaka dikenali sebagai Mr AR, pelakon Reen Rahim walau bagaimanapun enggan terlalu menghebahkan perkara itu melebihi kisah kerjayanya.

Menurut Reen dia lebih selesa bersikap begitu kerana biarlah karier seninya sahaja yang ke hadapan dan diperkatakan oleh masyarakat di luar sana.

“Buat masa ini, saya tidaklah menyorok siapa teman lelaki saya dan pada yang sama saya juga tidak menunjuk siapa dia.

“Namun, saya rasa ramai juga yang pernah ternampak saya ketika keluar bersamanya di tempat-tempat terbuka,” katanya kepada KopiPlanet.com ketika ditemui pada majlis pratonton filem KL Vampires yang berlangsung di MM2 Cineplexes, Damansara baru-baru ini.

Sementara itu ketika ditanya tentang perancangan untuk mendirikan rumah tangga, Reen, 30, berkata buat masa ini dia tidak memikirkan lagi mengenai perkara tersebut.

“Sejujurnya, saya masih belum merancang untuk berkahwin, namun sedang menunggu masa yang sesuai untuk berbuat demikian,” ujarnya lagi.

Terbaharu, Reen muncul dengan filem KL Vampires yang bakal ditayangkan di 60 pawagam seluruh negara bermula 14 November ini.

Mengulas lanjut mengenai filem itu, Reen berkata dia sememangnya amat menantikan filem berkenaan ditayangkan di pawagam.

“Sudah tentu saya gembira kerana akhirnya filem ini dapat ditayangkan juga setelah tiga tahun menjalani penggambaran.

“Sepanjang penggambaran dengan team produksi ini, mereka sememangnya profesional dan sentiasa memaparkan displin yang baik,” ujarnya.

Menurutnya, dalam filem berkenaan dia membawakan watak sebagai seorang wartawan yang membuat siasatan tentang kewujudan vampires.

Filem arahan Daven R itu turut dibintangi Aeril Zafrel, Josiah Hogan, Raja Ilya dan pelakon aksi popular Indonesia, Donny Alamsyah. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend