AntarabangsaHollywood

Channing Tatum Akui Kesibukan Kerjaya Jadi Punca Penceraian

Aktor Hollywood, Channing Tatum tidak menolak kesibukan kerjaya merupakan punca utama kenapa dia mengambil keputusan untuk bercerai dengan isterinya, Jenna Dewan.

Ketika diwawancara majalah People pada 2015, Channing mengakui dia merupakan seorang individu yang tidak bijak menyeimbangkan masa di antara pekerjaan dengan keluarga.

“Saya akui memang tidak reti seimbangkan masa di antara kerjaya dan keluarga. Saya beruntung mempunyai orang sekeliling yang sangat prihatin dengan saya agar saya tidak merosakkan apa yang sudah saya miliki sekarang,” katanya.

Semalam, peminat dikejutkan dengan berita perpisahan pasangan ini selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga.

Kedua-dua selebriti ini berkongsi mengenai khabar tersebut di laman sosial Instagram masing-masing.

“Kami mengambil keputusan untuk berpisah. Kami sangat mencintai satu sama lain sejak beberapa tahun lalu dan melalui satu kehidupan yang cukup bahagia. Namun, kini kami mengambil jalan yang berlainan namun itu semua tidak mengubah kasih sayang yang pernah wujud di antara kami.

Pasangan ini bertemu buat kali pertama pada tahun 2006 menerusi filem Step. Mereka kemudiannya berkahwin tiga tahun kemudian.

Hasil perkahwinan, mereka mempunyai seorang anak perempuan, Everly yang kini berusia lima tahun. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button