• FOLLOW US
Antarabangsa, Kpop

Chanyeol EXO Terjun Bidang Lakonan, Bintangi Filem Muzikal

Ahli kumpulan EXO, Chanyeol, 28, meluaskan lagi karier seninya apabila pihak pengurusannya, SM Entertainment mengesahkan dia bakal tampil dengan filem pertama lakonannya di Korea Selatan, The Box.

Filem bergenre muzikal itu mengetengahkan jalan cerita mengenai penyanyi baharu yang cuba mengejar cita-citanya bergelar selebriti terkenal.

The Box bakal diarahkan oleh Yang Jung Woong, yang merupakan penerbit eksekutif yang bertanggungjawab menguruskan majlis pembukaan dan penutup Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang yang berlangsung dua tahun lalu.

Bukan sahaja berlakon, Chanyeol sendiri akan mengubah beberapa lagu yang akan dinyanyikannya menerusi naskhah filem tersebut.

Secara teknikalnya, ini bukanlah kali pertama Chanyeol terlibat dalam bidang lakonan, ini kerana sebelum ini selebriti berusia 22 tahun ini pernah berlakon dalam sebuah filem terbitan produksi dari China berjudul So I Married My Anti Fan.

The Box bakal memperlihatkan bakat lakonannya kepada peminat di tanah airnya sendiri, Korea Selatan. Filem itu dijangka bakal memulakan penggambarannya pada pertengahan bulan depan. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend