• FOLLOW US
Antarabangsa, Hollywood

Charlie Puth Bengang Dituduh Tumpang BTS Untuk Kekal Popular

Penyanyi Charlie Puth melahirkan perasaan bengang di atas tuduhan yang dilemparkan peminat BTS terhadapnya. Peminat kumpulan K-pop popular itu mendakwa Charlie ingin menumpang populariti BTS yang semakin dikenali di seantero dunia.

Charlie yang popular dengan lagu One Call Away itu meminta peminat BTS yang digelar sebagai Army itu tidak sewenang-wenangnya melabelkan seseorang selebriti dengan tuduhan sebegitu.

“Saya selalunya tidak ambil kisah dengan perkara sebegini tapi saya harus juga cakap pasal benda ini. Perbalahan dan tuduhan peminat setia seseorang selebriti itu adalah sangat bahaya, toksik dan ia perlu dihentikan.

“Saya dah berusia 28 tahun jadi perkara ini tidak menjadi kudis buat saya bila orang yang tidak mengenali rapat dengan saya membuat tuduhan sebegitu.

“Tapi saya cuba bayangkan kalau saya dapat mesej-mesej ‘jahat’ ini 10 tahun lalu, dengan kata-kata negatif yang dilemparkan kepada saya… pastinya ia akan memberikan kesan yang buruk pada diri saya.

“Saya risau dengan hal sebegini yang seakan sudah menjadi perkara biasa di Twitter pada setiap hari. Ia mungkin kedengaran cliche, tapi tolong bersikap baik di antara satu sama lain. Tiada kebaikan pun jika kita sentiasa berbalah. Kita perlu sentiasa berkasih sayang, itu yang lebih kita perlukan,” tulisnya di laman Twitter.

Charlie dikatakan menumpang populariti BTS apabila mempersembahkan lagu We Don’t Talk Anymore bersama salah seorang anggota kumpulan BTS, Jungkook pada majlis anugerah MBC Plus X Genie Music Awards, dua tahun lalu. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend