Cerita ArtisHiburan

Che Ta Akan Saman Sekiranya Tiada Permohonan Maaf Bekas Pemandu

Pelakon Rozita Che Wan memberi peluang sehingga jam 6 petang ini kepada bekas pemandu peribadinya, Muhammad Riduan Muhamad Mizol untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kepada aktres tersebut.

Sekiranya permohonan maaf itu tidak dilaksanakan, notis tuntutan saman akan dikeluarkan menerusi peguam Che Ta, Wan Sarimah Wan Hussain dari CSQ Law Advocates & Solicitors.

“Sidang media ini diadakan untuk menjernihkan keadaan, tetapi dia (bekas pemandu peribadi) tidak hadir. Sehubungan itu, saya memberi tempoh sehingga jam 6 petang ini untuk pihaknya membuat permohonan maaf.

“Permohonan maaf itu boleh dibuat dengan memuat naik di laman sosialnya, medium yang sama dia gunakan untuk memfitnah saya. Lagipun saya terbuka hati jika dia meminta maaf sebab saya tidak mahu memanjangkan isu ini,” katanya kepada KopiPlanet.com

Che Ta ditemui pada majlis sidang media khas memperjelaskan isu Che Ta dengan bekas pemandu peribadinya yang berlangsung di Hotel Royal Chulan, Damansara hari ini.

Muhamad Riduan sebelum ini membuat kenyataan di laman sosial Facebook miliknya bahawa Che Ta mengelak membayar gajinya sehingga isu itu menjadi tular dalam kalangan netizen.

Malah, pelakon itu juga mengakui isu yang timbul itu merupakan kontroversi yang paling teruk pernah dialaminya sepanjang bergelar selebriti.

“Sepanjang bergelar selebriti, inilah kontroversi yang paling teruk pernah saya alami. Ia telah menjejaskan maruah dan nama baik saya. Sejak insiden ini berlaku saya tertekan, kecewa, malu dan sedih dengan kata-kata yang dilemparkan terhadap saya.

“Begitu juga perniagaan saya pun turut terjejas. Apabila melibatkan perniagaan, bukan saya sahaja yang menerima kesan, malah staf-staf saya juga terbabit sama,” jelasnya lagi.

Susulan isu berkenaan, Che Ta mengakui dia tidak serik untuk mengambil pemandu peribadi lain yang untuk menggantikan bekas pemandunya itu.

“Saya tidak serik untuk mengupah pemandu peribadi selepas isu ini berlaku dan sekarang pun dah ada pemandu baharu. Selama ini pemandu-pemandu lain tiada masalah, dia sahaja yang bermasalah,” kata Che Ta. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button