• FOLLOW US
Antarabangsa, Hollywood

Chris Martin Dan Dakota Johnson Nafi Gosip Putus Cinta

Kelibat pasangan kekasih, vokalis band Coldplay, Chris Martin dan Dakota Johnson bercanda di tepian pantai baru-baru ini menepis dakwaan yang mengatakan hubungan mereka berantakan.

Bulan lalu, khabar angin mengenai perpisahan pasangan ini tersebar memandangkan mereka tidak lagi dilihat menghabiskan masa bersama-sama.

Menerusi percutian itu, pasangan tersebut kelihatan mesra berpelukan dan berciuman di hadapan pengunjung lain dengan satu sumber terdekat mengatakan mereka ingin meluangkan lebih banyak masa bersama selepas ini.

Hubungan Chris dengan bintang filem 50 Shades of Grey itu turut disenangi anak-anak Chris, Apple dan Moses serta bekas isterinya, aktres Gwyneth Paltrow.

Chris dan Gywneth pernah berkahwin pada 5 Disember 2003 namun disahkan bercerai pada 14 Julai 2016. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend