• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Dah Bosan Gemuk, Shaheizy Sam Nekad Nak Kurus Semula

Bahagia menimang cahaya mata kedua dan juga berkemungkinan enak menjamu selera di hari lebaran menjadi punca aktor berbakat besar, Shaheizy Sam mengalami kenaikan berat badan secara mendadak.

Menerusi beberapa keping gambar yang dikongsikan di laman Instagram, suami kepada pelakon Syatilla Melvin ini dilihat semakin berisi lebih-lebih lagi di bahagian perut.

Menyedari perkara itu, Sam sendiri mengakui selepas ini dia harus mengamalkan gaya hidup sihat agar dapat mengurangkan berat badannya.

“That’s it! Bapak dah bosan gemuk la, Mat Yip!! Time untuk kurus pula. Siapa kat sini nak join Bapak diet sama-sama? Bapak boleh share tips macam mana nak kurus atau sado,” tulisnya.

Postingnya itu turut mendapat perhatian rakan artis seperti Hairul Azreen yang sempat meninggalkan komen berbunyi, “Hmmm, kejap je ni, sure 6 pack keluar balik.”

Sam yang merupakan anak kepada pelakon veteran Khaty Fauziah ini berkahwin dengan Syatilla pada 8 Februari 2016.

Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata, Syeriv Samheizy, 2, dan Sarima Samheizy yang dilahirkan pada 17 April lalu. – KopiPlanet.com

Kredit foto: Instagram Shaheizy Sam

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend