• FOLLOW US
Antarabangsa, Hollywood

Daniel Radcliffe Teringin Ganti Tom Holland Watak Spiderman

Pelbagai spekulasi mendakwa pelakon Tom Holland dikatakan bakal meninggalkan watak superhero Superman yang dilakonkannya sebelum ini.

Berikutan khabar angin itu, aktor yang cukup sinonim dengan watak Harry Potter, Daniel Radcliffe melahirkan keinginannya untuk menjadi Spiderman yang baharu.

“Saya rasa sudah ada banyak pelakon Spiderman yang begitu berbakat sehinggakan tidak merasakan perlu ada lagi satu Spiderman.

“Kalau nak pun, saya rasa saya layak kerana saya seorang warganegara Inggeris (kelahiran United Kingdom) yang mana kebanyakan pelakon Spiderman lahir dari sini. Saya suka filem adiwira, sudah tentu kalau diberikan peluang saya nak jadi Spiderman,” katanya.

Tom dikhabarkan bakal mengucapkan selamat tinggal kepada watak Spiderman selepas pihak produksi Marvel dan Sony dikatakan gagal mencapai persetujuan bersama berhubung isu kewangan untuk filem keluaran seterusnya.

Tom menjayakan dua filem francais Spiderman iaitu Spiderman: Homecoming dan Spiderman: Far From Home. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend