Cerita ArtisHiburan

Daus AF Abadikan Kisah Penceraian Dalam MV Lagu Takdir Kita

Enggan terus membiarkan kisah mengenai keruntuhan rumah tangganya menjadi teka-teki peminat, Daus AF atau nama sebenarnya, Muhd Shahril Firdaus Eli, 32, tampil mengabadikan kisah dan perjalanan hidupnya itu menerusi muzik video (MV) single terbaharunya, Takdir Kita.

Daus sebelum ini telah menceraikan bekas isterinya, Syaza Shamimi Jalaludin Khan dengan talak satu pada Februari tahun lalu ketika wanita itu sedang menjalani tempoh berpantang sebaik melahirkan cahaya mata ketiga mereka.

“Walaupun ia kisah benar kehidupan saya, tapi tidak sepenuhnya dipaparkan. Saya masih mahu menjaga sensitiviti pihak lain. Tidak mahu timbul sebarang isu pula. Cuma, menerusi jalan cerita MV ini, ia adalah salah satu cara saya mahu mendekati masyarakat.

“Apa yang pasti, segala persoalan terjawab dalam MV ini. Saya mahu beritahu kepada masyarakat dan netizen, saya bukan suka-suka nak bercerai. Kalau nak tahu sebab apa, kena tonton MV ini.

“Sejujurnya, idea MV ini daripada saya sendiri. Tapi, saya bersama pasukan daripada pihak pengurusan Nova Music berbincang untuk menambah baik apa yang perlu supaya MV ini lebih menarik,” katanya.

Seperkara yang tidak boleh dinafikan Daus adalah, dia mengakui sebak sekali gus mengimbau kenangan lama ketika penggambaran dibuat.

“Apabila buat MV ini, memang terasa sebak kerana ia mengembalikan memori lama. Tapi saya cuba tahan perasaan sebab tak boleh nak terlalu terbawa-bawa. Saya masih boleh kawal.

“Saya cuma fikir, apa yang dipaparkan dalam MV ini bukan mengenai saya semata-mata tapi, pasti ada orang lain pernah melalui pengalaman sama. Ibaratnya saya mewakili perasaan mereka dengan menceritakan kisah mereka dalam MV ini.

“Walaupun tidak meraung, tapi nampak kesedihan dilalui dalam babak yang dilakonkan dalam MV ini,” katanya.

Daus dan bekas isteri berkahwin pada 7 Jun 2013 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Delysha Senzela, 6, Myesha Sehrish, 4, dan Ayesha Sheraz yang kini berusia setahun.

Ketiga-tiga anak mereka dijaga bekas isteri yang menetap di Sarawak. Daus berkata, “Anak-anak memang di Sarawak. Sejak bercerai mereka memang dijaga bekas isteri. Cuma, sejak saya berada di Kuala Lumpur, memang tak berpeluang jumpa mereka lagi.

“Apatah lagi dalam suasana yang melanda negara sekarang, ia lebih menyukarkan untuk kami berjumpa. Saya tak nak ambil risiko berjumpa mereka dalam keadaan sekarang. Insya Allah, tunggu masa sesuai. Kalau dah okay, baru saya balik.

“Alhamdulillah, dengan kecanggihan teknologi sekarang, memang selalu buat panggilan video. Jadi, terubat juga rindu dengan mereka. Isteri okay, selagi saya tak lupakan tanggungjawab,” ujarnya lagi. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button