Cerita ArtisHiburan

Dayana Roza Semakin Rapat Dengan Jaguh Lumba MotorGP Sepanyol?

Sejak putus cinta dengan seorang pemain bola sepak, nama pelakon Dayana Roza tidak dikaitkan dengan mana-mana gosip cinta.

Namun, terbaharu menerusi satu entri di Instagramnya, Dayana mengulang semula (repost) gambar yang dikongsikan oleh seorang jejaka mat saleh.

Jejaka asing itu bukan calang-calang orangnya kerana difahamkan dia merupakan bekas juara dunia MotoGP, Jorge Lorenzo, 32, yang berasal dari Palma, Sepanyol.

Jorge memuat naik gambarnya dengan Dayana di sebuah kolam renang ketika mereka bercuti di Bali, Indonesia baru-baru ini beserta kapsyen, “Gembira bertemu kamu di Bali, Dayana Roza” yang kemudian dibalas oleh aktres itu, “Gembira bertemu kamu juga.”

Bulan lalu, Jorge membuat pengumuman mengejut mahu bersara selepas berjaya meraih lima kejuaraan MotoGP sejak menyertai sukan lasak itu, 13 tahun lalu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button