• FOLLOW US
Antarabangsa, Hollywood

Dedikasi Romantis Tepis Dakwaan Lili-Cole Putus Cinta

Di sebalik gosip yang mendakwa hubungannya dengan Cole Sprouse sudah terputus di tengah jalan, Lili Reinhart membuat satu dedikasi khas di laman Instagramnya sempena meraikan ulang tahun kelahiran kekasihnya itu.

Posting itu sekali gus menjawab khabar angin yang mengatakan mereka sudah berpisah seperti yang dilaporkan media, baru-baru ini.

“Saya cuba cari sajak menarik yang boleh ditulis buat kamu. Tapi saya tak jumpa kata-kata sesuai dan tepat yang dapat menggambarkan diri kamu yang mengagumkan itu. Ini sajak cinta ‘sentimental’ saya buat Cole Sprouse,” tulis aktres itu.

Bulan lalu, beberapa laporan media mendakwa Lili dan Cole telah putus cinta. Lili kemudiannya menghentam artikel itu dengan menulis di Twitter, “Jangan percaya dengan semua benda yang anda baca di Internet. Sumber yang boleh dipercayailah sangat!.”

Lili dan Cole mula berpacaran sejak membintangi drama bersiri, Riverdale yang mula bersiaran sejak dua tahun lalu. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend