Cerita ArtisHiburan

Demi Big Stage, Syafiq Farhain Sanggup Ambil Cuti 2 Bulan Tanpa Gaji

Penyanyi yang semakin meningkat namanya, Syafiq Farhain sanggup mengambil cuti tanpa gaji selama dua bulan demi memberikan komitmen terbaik untuk program realiti Big Stage.

Syafiq yang merupakan seorang anggota bomba perlu bersaing dengan sembilan lagi peserta yang diberi jolokan Budak Baru Nak Up (BBN) menerusi rancangan terbaharu terbitan Astro itu.

“Saya ambil cuti tanpa gaji selama dua bulan untuk memberikan fokus terhadap pertandingan ini. Bagi saya dengan menyertai Big Stage ia merupakan satu platform untuk artis baru macam saya bina nama dan kembangkan bakat.

“Saya mencuba nasib dan Alhamdulillah rezeki dapat masuk pertandingan ini. Saya harap lebih ini rezeki saya dalam bidang seni akan lebih meluas dengan pendedahan menerusi Big Stage ini,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Syafiq, 24, berharap penglibatannya dalam Big Stage dapat memberi peluang yang lebih besar untuknya lebih dikenali selain bakatnya diperkembangkan lagi.

Anak kepada penyanyi Saleem Iklim ini juga berkata dia sudah bersedia dengan segala cabaran selain terbuka untuk menerima kritikan daripada dua juri tetap Big Stage iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir.

“Saya dah mempersiapkan mental dan fizikal untuk melalui cabaran dalam pertandingan ini. Selain itu, saya juga dah bersedia kalau orang komen kata suara saya sama macam bapa saya, ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi,” katanya lagi.

Selain Syafiq, peserta Big Stage terdiri daripada Ariff Bahran, Afieq Shazwan, Andi Bernadee, Tajul, Baby Shima, Farah Hezel, Sarah Suhairi, Sissy Imann dan Wani Kayrie.

Juara Big Stage akan memenangi wang tunai RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro dan pemenang tempat kedua serta ketiga pula bakal membawa pulang wang RM50,000 dan RM25,000 serta trofi.

Bakal memulakan siaran pada 5 Ogos ini, Big Stage akan dihoskan oleh Sherry Al-Hadad dan Alif Satar.

Konsert mingguan Big Stage akan bersiaran langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) selama lapan minggu pada setiap Ahad jam 9 malam. Ia disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (124) – KopiPlanet.com

Kredit foto: Instagram Syafiq Farhain

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button