Cerita ArtisHiburan

Demi Filem Polis Evo 2, Raline Shah Sanggup Tolak Tawaran Produksi AS

Pelakon filem Polis Evo 2 (PE2), Raline Shah, 33, mengakui dia tidak berasa kesal sama sekali apabila menolak tawaran berlakon produksi dari Amerika Syarikat (AS).

Menurut aktres Indonesia ini, tawaran itu datang ketika dia sedang mempersiapkan diri bagi mendalami watak seorang pegawai polis menerusi PE2.

“Untuk Polis Evo 2 ini memang saya beri sepenuh fokus, malah selama satu tahun setengah saya banyak tolak tawaran dan ada yang datang dari Amerika Syarikat. Namun saya langsung tidak menyesal apabila melihat hasil Polis Evo 2 yang sebegitu baik sebegini, selain mesej ceritanya yang cukup kuat untuk penonton di luar sana.

“Terus-terang ini merupakan produksi yang paling terbaik pernah saya bekerjasama. Semuanya daripada pelakon kepada krew produksi memberikan komitmen sepenuhnya bagi merealisasikan filem Polis Evo 2,” katanya kepada KopiPlanet.com. sewaktu ditemui semasa majlis malam gala Polis Evo 2 baru-baru ini.

Menurut Raline, PE2 mencabar kebolehannya sebagai seorang pelakon memandangkan ini merupakan filem aksi pertamanya. Untuk filem ini sahaja, Raline terpaksa menaikkan berat badan sebanyak lima kilogram bagi disesuaikan dengan wataknya sebagai Rian.

“Pengarah suruh saya tambah lima kilogram untuk watak Rian. Dalam filem ini saya perlu sentiasa memegang senjata yang beratnya hampir lapan kilogram. Bayangkan saya perlu kendong senjata yang sama beratnya dengan seorang bayi.

“Saya suka dengan watak Rian ini sebab ia menunjukkan semangat juang kuat yang perlu ada dalam diri setiap wanita. Selain itu, saya juga cukup senang bekerja dengan Zizan dan Sam yang saling memberi tunjuk ajar sepanjang kami berada di set penggambaran,” ujarnya lagi.

PE2 yang diarahkan Joel Soh dan Andre Chiew dibintangi Shaheizy Sam, Zizan Razak, Raline Shah, Hasnul Rahmat, Fir Rahman, Hairul Azreen, Jeff Catz dan Riz Amin akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 22 November ini.

Filem yang mencecah kos RM7 juta itu diterbitkan oleh Astro Shaw dengan kerjasama SCM dan Blackflag Productions. – KopiPlanet.com

Kredit foto: Instagram Raline Shah

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button