Cerita ArtisHiburan

“Dia Persenda Orang Lain Boleh Pula” – Chef Wan

“Dia mempermain dan persendakan orang lain boleh la pulak? Bila kena batang hidung sendiri pandai pulak nak sentap?”

Itu reaksi yang dikeluarkan selebriti terkenal, Datuk Profesor Dr Redzuawan Ismail atau Chef Wan bagi menjawab video pengacara Gegar Vaganza 4, Nabil Ahmad yang menyifatkan tindakannya menegur Nabil secara terbuka di Instagram adalah tidak profesional.

Menurut Chef Wan, beliau tidak berniat langsung untuk mengajak orang di luar sana untuk mengkritik Nabil seperti mana yang didakwa hos itu, sebaliknya hanya menegur tingkah laku Nabil yang sering menyampuk percakapan juri tetap, Hetty Koes Endang ketika penyanyi veteran itu ingin memberikan ulasan terhadap peserta GV4.

“No want is hating him up here…faham ke apa yang diperkatakan? Atau nak pi sekolah balik to understand apa ayng dinasihati itu?

“Sebelum saya menegur pun dah bertahun lamanya dia sendiri sudah melakukan ini semua di GV dan setiap tahun ada sahaja juri-juri yang bengang dengan cara dia itu. Bukan saya seorang sahaja ok. Tok Ram (Datuk Ramli MS) sendiri beritahu saya malam itu tolong bantai dia cukup-cukup jika perangai dia kurang ajar!

“Tapi saya tak kuasa masa itu mengeruhkan lagi situasi atau ketegangan itu. Kita pun cuma juri jemputan jadi saya hanya buat-buat tak nampak tingkah laku dia.

“But saya nampak segala-galanya and realised how he get carried away,” tulis Chef Wan di laman Instagramnya.

Kebanyakan netizen melahirkan pendapat bersetuju dengan kenyataan Chef Wan malah meminta hos GV4 berhenti daripada melakukan lawak bodoh sepanjang berlangsungnya program popular itu.

Seorang netizen, @riena_yusuf menulis, “Saya setuju chef, sekarang ini kita banyak nak berhibur sampai kebelakangkan adab sopan. Berhibur boleh, tapi jangan la over sangat. Kita ada masyarakat nak dididik”.

“Tq Dato sebab buka mulut tentang perkara ini. Dah lama saya perasan! Sangat tidak sopan! Saya sering tertunggu komen dari ibu Hetty, bernas, bersemangat, tapi dicacatkan dengan kerenah pengacara lelaki,” tulis @delliza77 di ruangan komen Instagram Chef Wan. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button