Cerita ArtisHiburan

Setanding Hollywood, Sam Sanggup ‘Keding’ Demi Watak

Jika di Hollywood, aktor Christian Bale sanggup menurunkan berat badannya sehingga kurus melampau demi menjayakan tuntutan watak, di Malaysia pelakon Shaheizy Sam turut tidak terkecuali.

Ini kerana Sam sanggup mengikat perut bagi mendapatkan berat badan ideal untuk menjayakan watak menerusi filem terbaharunya, Pinjamkan Hatiku.

Kalau dilihat di laman Instagramnya, badan Sam kini sudah semakin fit berbanding sebelum ini ketika menjayakan filem Pinjamkan Hatiku yang mana memang nampak keding habis.

“Berat saya turun mendadak dalam masa dua bulan untuk watak dalam Pinjamkan Hatiku. Saya tidak ada rujuk mana-mana doktor mahupun pakar pemakanan, saya hanya redah sahaja.

“Saya hanya baca daripada pengalaman Christian Bale sendiri, saya nak tahu apa yang dia makan semua sampai dapat badan kurus dalam filem lakonannya, The Machinist. Saya hanya makan sayur-sayuran dan buah untuk dapat bentuk badan ideal dengan watak Naufal dalam Pinjamkan Hatiku,” katanya kepada Kopiplanet.com.

Sam berjaya menurunkan berat badannya dari 68 kg kepada 56 kg bagi merealisasikan karakter Naufal.

Memang menakjubkan, betul-betul pelakon method, sanggup berusaha keras mendapatkan bentuk badan seperti yang dituntut dalam karya tersebut. Thumbs up Sam!

Bukan senang untuk badan terus kurus mendadak namun demi tuntutan karakter, Sam tetap melaksanakannya.

Tapi watak apa yang sampai Sam perlu kurus mendadak ni sampai nampak semua tulang-tulang badan? Ha jawapannya hanya boleh diketahui sekiranya anda menonton filem Pinjamkan Hatiku.

Menerusi filem Pinjamkan Hatiku, Sam bergandingan dengan Ayda Jebat dan ia bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 30 November ini.
Selain Sam dan Ayda, filem romantis ini turut dibintangi Farid Kamil dan Lia Natalia.

Pinjamkan Hatiku merupakan arahan Osman Ali dan diterbitkan oleh Aurawhite Global Sdn. Bhd dengan kerjasama Nuansa Film Sdn. Bhd. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button