Cerita ArtisHiburan

Diana Danielle Enggan Ulas Isu Farid Kamil Masuk Penjara

Pelakon popular, Datin Diana Danielle mengambil pendekatan untuk tidak mahu memberikan sebarang kenyataan berhubung suaminya, Datuk Farid Kamil yang menjalani hukuman penjara selama sembilan bulan.

Farid kembali menjalani hukuman penjara seperti yang telah ditetapkan atas kesalahan penyalahgunaan dadah selepas rayuannya ditolak Mahkamah Tinggi Shah Alam minggu lalu.

“Saya tidak mahu beri komen kalau pasal Farid”, tegas pelakon Datin Diana Danielle ketika ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri terbitan Iflix, Ombak Rindu The Series yang berlangsung di Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Mei lalu, Farid Kamil atau nama sebenarnya Datuk Farid Kamil Zahari, dijatuhkan hukuman penjara sembilan bulan selepas disabitkan dengan kesalahan mengguna dadah jenis ganja Tetra Hydrocannibol (THC), tahun lalu.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Nor Ariffin Hisham selepas Farid Kamil, memilih untuk berdiam diri selepas diperintahkan membela diri.

Bagaimanapun, selepas 35 hari menjalani hukuman di Penjara Kajang, mahkamah membenarkan penangguhan hukuman terbabit selepas permohonan rayuan difailkan pelakon berkenaan.

Mengikut pertuduhan, pelakon filem Rempit itu didakwa menggunakan dadah pada jam 4.30 petang di Pejabat Narkotik Petaling Jaya, dalam Daerah Petaling Jaya, pada 11 Januari 2018. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button