AntarabangsaHollywood

Dianugerahkan Hollywood Walk of Fame, Bakat Pink Dihargai

Penyanyi Pink atau nama sebenarnya, Alecia Beth Moore, 40, menjadi antara selebriti terbaharu yang namanya diabadikan menerusi Hollywood Walk of Fame.

Pink menerima anugerah itu dengan ditemani suaminya, Carey Hart dan anak-anak, Willow Sage, 8, dan Jameson Moon, 2 tahun. Pink menggayakan gaun berwarna hitam putih bersama jaket hitam bagi meraikan hari bersejarah dalam karier seninya.

“Saya rasa seperti bermimpi dapat menerima penghargaan sebesar ini. Saya rasa ramai tidak menyangka saya akan menerima anugerah ini tapi semuanya sudah terbukti hari ini. Penghargaan ini telah membuatkan saya terkenang kembali segala perjuangan sejak menceburi bidang ini,” ujarnya yang turut memberikan ucapan terima kasih kepada sokongan dan dorongan yang diberi suaminya selama ini.

Kerjaya Pink bermula sejak dua dekad lalu dan dia telah menghasilkan sebanyak tujuh album, memenangi tiga anugrerah Grammy, tiga anugerah Billboard Music, dua trofi anugerah MTV Europe dan enam trofi anugerah MTV Video Music.

Nama Pink juga tercalon dalam Anugerah Grammy 2019 menerusi kategori Penyanyi Terbaik Album Pop menerusi album Beautiful Trauma. Anugerah Grammy ke-61 itu akan berlangsung pada Ahad ini yang bersiaran langsung dari Staples Center, Los Angeles, Amerika Syarikat. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button