EventHiburan

Didi & Friends Anjur Karnival Rai Kejayaan 1 Bilion Tontonan

Susulan kejayaan meraih satu bilion tontonan menerusi Lagu Kanak-Kanak yang disiarkan di laman rasmi Youtube Didi & Friends, satu karnival bakal dianjurkan bagi tujuan itu.

Karnival 1 Bilion Didi & Friends yang dianjurkan Digital Durian akan diadakan di pusat beli belah Quill City Mall, Kuala Lumpur selama empat hari bermula dari 14 hingga 17 September ini.

Menurut Ketua Pengarah Eksekutifnya, Sinan Ismail, karnival ini merupakan acara yang paling besar dianjurkan oleh mereka dan pelbagai aktiviti menarik telah dirangka bagi menghiburkan pengunjung.

“Saya sangat teruja dengan penganjuran Karnival 1 Bilion Didi & Friends kerana ini merupakan karnival terbesar yagn pernah kami anjurkan.

“Menarikya karnival kali ini, kami menyajikan aktiviti-aktiviti pentas yang lebih hebat dan interaktif serta pelbagai permainan baharu yang belum pernah dimainkan di mana-mana karnival Didi & Friends sebelum ini.

“Bukan sahaja permainan, kami turut menitikberatkan pada dekorasi karnival seperti mewujudkan rumah Didi, Nana, Jojo, Pulau Hokey Pokey dan banyak lagi supaya pengunjung yang hadir berasa seolah-olah berada di dunia Didi & Friends,” katanya.

Antara aktiviti yang diadakan bagi menceriakan si cilik anda seperti sesi karaoke, menari dan nyanyian selain sesi beramah mesra bersama kesemua maskot Didi & Friends. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button