AntarabangsaKpop

HyunA Dan Kekasih Ditendang Keluar Daripada Syarikat Pengurusan

Penyanyi HyunA dan kekasihnya, E’Dawn dari kumpulan Pentagon secara rasminya telah dibuang daripada menjadi residen artis di bawah pengurusan Cube Entertaiment.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan agensi tersebut berkata, “Cube Entertainment secara rasminya telah menendang keluar dua artis di bawah naungan kami, HyunA dan E’Dawn.”

“Kami telah sedaya upaya memeberikan kerjasama yang terbaik dengan artis di bawah label kami menerusi kepercayaan yang telah diberikan.

“Setelah beberapa kali berunding, akhirnya kami mengambil keputusan mengeluarkan dua artis ini selepas kedua-duanya melanggar kepercayaan kami.

“Kami berterima kasih di atas sokongan daripada peminat kedua-dua selebriti ini,” tulis kenyataan itu.

Keputusan itu dipercayai dibuat selepas HyunA, 26, dan E’Dawn, 24, membuat kenyataan secara terbuka yang mereka sedang bercinta bulan lalu.

Hubungan mereka yang sudah memasuki tahun kedua itu telah menerima kecaman daripada pelbagai pihak termasuk jadual persembahan mereka terpaksa dibatalkan berikutan pengakuan itu yang mungkin membawa kepada kemarahan syarikat pengurusan tersebut. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button