HiburanSelebriti

‘Diiktiraf’ Penyanyi Nombor Satu Malaysia, Aliff Syukri Harap Siti Nurhaliza Dapat Bersaing Dengannya Secara Sihat

Usahawan selebriti popular, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa syukurnya apabila mendapat ‘pengiktirafan’ sebagai penyanyi nombor satu daripada Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Luahan tersebut dinyatakan oleh usahawan berkenaan susulan daripada satu komen yang dibuat oleh Siti atau Tok Ti baru-baru ini.

“Saya bersyukur dan berharap agar Dato Siti dapat bersaing secara sihat. Kita dalam industri nyanyian ni mungkin ada yang suka suara nyaring.

“Macam saya… suara saya kepit sikit, tetapi unik tu ada. Kepada Dato Siti semoga menjadi seorang penyanyi yang profesional,” ujarnya.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai kecaman yang diterima daripada netizen serta segelintir selebriti, Aliff menegaskan bahawa mereka yang mengecam itu cemburu dengan dirinya.

Malah, dia juga dengan penuh yakin bahawa lagu raya baharu yang dilancarkannya sejak semalam, Chu Ku Chuk Raya akan menjadi viral di media sosial.

“Saya banyak job sebab saya pun artis juga. Jadi bagi saya rezeki ini luas, dorang nak kutuk atau nak buat report polis itu hak masing-masing.

“Lagu saya pun saya jamin confirm viral. Tentang baju power rangers itu pula, anggaplah ia fesyen. Saya seorang artis dan selebriti, jadi saya boleh pakai pakaian yang unik,” ujarnya.

Mengenai laporan polis yang dibuat oleh Persatuan Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA) terhadap dirinya beberapa hari lalu, Aliff enggan memberikan sebarang komen.

Sebaliknya, usahawan berkenaan menyerahkan kepada peguamnya untuk menyelesaikan perkara tersebut. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
3
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button