
Diisytihar Muflis Selepas Gagal Bayar Cukai, Iqram Dinzly Kecam LHDN
Pelakon Iqram Dizly diisytihar muflis oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kerana gagal membayar cukai pendapatan berjumlah RM 77,000 yang diberi tempoh selama 10 hari.
Keputusan itu disampaikan oleh Peguam LHDM apabila Iqram, 38, datang lambat ke Mahkamah Majistret Ipoh, Perak ketika kes perbicaraan itu semalam.
Iqram mengaku masalah yang berlaku di atas kesilapannya sendiri kerana tidak tahu tentang prosedur pembayaran dan hanya tahu mengumpul resit sahaja.
Bagaimanapun, pada masa sama pelakon itu turut meluahkan kemarahannya terhadap LHDN sehingga turut menggelar agensi berkenaan sebagai ‘Lembaga Hauk Duit Nasionalitas’.
“Dan bala bencanalah keadaan LHDN Jalan Duta dengan izin Allah SWT. Terutama wanita bertudung yang tuduh aku tiada inisiatif nak bayar walhal komunikasi korang pun unprofessional sial,” luahnya.
Mengulas tentang sama ada dia akan berlakon untuk menjana pendapatan demi membayar hutang itu, Iqram dengan tetap pendirian tidak sama kerana menjadi selebriti dia muflis.
Menerusi Instagram milik Iqram, dia telah menulis menyatakan perasaan hatinya tentang isu yang telah berlaku. – KopiPlanet.com