Cerita ArtisHiburan

MV Semakin: Syafiq Kyle Hero Pilihan Siti Sarah & Shuib

Teka-teki mengenai siapa aktor yang membintangi muzik video (mv) Semakin nyanyian Siti Sarah akhirnya terjawab apabila aktor Syafiq Kyle dipilih dan pengumuman itu dibuat menerusi majlis pelancaran muzik video itu yang berlangsung di Red Box Gardens, Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Sarah pemilihan Syafiq dibuat oleh suaminya, Shuib yang merupakan penerbit MV.

Shuib melihat gandingan isterinya bersama Syafiq sesuatu yang segar selain faktor fizikal mereka yang melengkapi satu sama lain.

Shuib berkata, “Sebelum buat MV ini kami terlebih dahulu buat survey di media sosial dan rata-rata pilih Remy Ishak, Zul Ariffin, Fattah Amin dan Syafiq Kyle.”

“Kalau kami ambil Remy, Remy dah dikenali dengan branding penyanyi lain dan kalau ambil Zul dan Fattah, mereka terlalu tinggi daripada Sarah.

“Akhirnya kami buat keputusan memilih Syafiq sebagai gandingan Sarah dalam MV ini sebab dia pun lebih kurang sama saiz badan dengan Sarah, jadi nampak secocok dan cantik bila bergandingan,” kata Shuib kepada KopiPlanet.com.

Muzik video Semakin diarahkan oleh CK Faizal.

Sarah turut mengatakan dia gembira dapat bekerja dengan Syafiq memandangkan dia merupakan peminat lakonan aktor kacak itu.

“Saya memang kayu kalau berlakon tapi Syafiq banyak membantu saya ketika penggambaran berlangsung.

“Antara babak yang susah untuk saya lakonkan ketika ditarik tudung oleh Syafiq tapi dia berjaya berikan energy lakonan sehingga ia meresap kepada saya,” kata Sarah.

Sementara itu, Syafiq mengakui teruja apabila dapat bekerjasama dengan pasangan suami isteri tersebut.

“Ini pengalaman pertama saya berlakon dalam muzik video dan apa yang boleh dikatakan saya sangat senang bekerja dengan Sarah dan Shuib.

“Sebelum ini ada juga beberapa penyanyi pelawa untuk bintangi muzik video mereka tapi selalunya saya terikat dengam komitmen kerja lain.

“Tapi ketika dipelawa Shuib dan kena pula saya tengah free, rezeki saya dapat terlibat dalam MV Semakin.

“Saya tak kisah kalau dikatakan pelaris MV ini sebab mungkin Shuib ada strategi yang tersendiri untuk lagu ini,” katanya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button