Cerita ArtisHiburan

Dynas Akui Tak Tahu Memasak, Baru Pandai Masak Nasi Goreng

Pelakon Dynas Mokhtar tidak malu untuk mengakui bahawa di kala usianya sudah mencecah 35 tahun, dia baru sahaja pandai memasak.

Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu, selama ini dia memang tidak tahu memasak langsung dan hanya sekarang berkesempatan meluangkan masa di dapur seperti mana kebiasaan ibu-ibu lain.

“Dahulu saya memang tidak pandai memasak. Kemudian apabila saya jadi ibu tunggal baru saya belajar dan pandai masak sikit-sikit.

“Sekarang ini pun saya baru berkesempatan masak sahur menu nasi goreng cili padi untuk suami. Manalah saya tahu yang masak ini main campak-campak saja rupanya. Alhamdulillah, resepi nasi goreng saya menjadi.” katanya kepada KopiPlanet.com.

Pelakon tersebut kembali mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan ahli perniagaan, Shazrik Din, 36, pada 21 April lalu.

Menerusi perkahwinan terdahulu, Dynas sudah mempunyai dua cahaya mata iaitu Khyra Khalyssa, 8, dan Mohamed Haqaish, 6.

Dalam pada itu, selepas lebih sebulan berkahwin, Dynas mendedahkan Shazrik sebenarnya seorang yang suka lepak di rumah berbanding ketika zaman mereka bercinta.

“Saya tak tahu pula suami seorang yang suka duduk di rumah sebab masa bercinta dulu dia rajin ajak saya dan anak-anak keluar pada setiap hujung minggu.

“Ada sahaja aktiviti kami lakukan seperti menonton wayang dan bawa anak-anak berjalan di pusat membeli-belah. Namun bila dah berkahwin, baharu saya tahu yang dia seorang yang suka duduk di rumah sahaja,” ujarnya.

Untuk sambutan Ramadan kali ini, Dynas berkata dia banyak mendapat undangan berbuka puasa dari saudara maranya dan Shazrik.

“Disebabkan kami baharu sebulan berkahwin, ramai juga dari kalangan saudara mara saya dan Shazrik jemput berbuka puasa. Mungkin mereka nak raikan perkahwinan kami yang baru diijabkabulkan bulan lepas,” ujarnya lagi. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Dynas Mokhtar

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button