AntarabangsaHollywood

Ed Sheeran Berehat Daripada Menyanyi Dan Guna Media Sosial

Penyanyi dan komposer, Ed Sheeran mengambil keputusan untuk berehat daripada kerjaya seni serta menggunakan media sosial buat sementara waktu.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, Ed berkata sepanjang dua tahun kebelakangan ini jadualnya sentiasa penuh dan padat sehingga menyebabkannya mengambil keputusan untuk berehat.

“Saya bekerja tanpa rehat sejak 2017 jadi saya akan ambil sedikit masa untuk menggembara, menulis dan membaca. Saya juga tidak akan aktif di media sosial buat sementara waktu,” tulisnya.

View this post on Instagram

Brb x

A post shared by Ed Sheeran (@teddysphotos) on

Ed turut menukar gambar profil Instagramnya dengan abjad BRB yang merujuk kepada Be Right Back (akan kembali semua).

Sebelum berhibernasi, Ed sempat mengeluarkan muzik video lagu Put It All On Me duet bersama Ella Mai. Muzik video itu turut memaparkan beberapa aksi mesranya bersama isteri, Cherry Seaborn. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button