• FOLLOW US
Event, Hiburan

Ed Sheeran Kembali Gegarkan Kuala Lumpur 13 April Ini

Selepas kali terakhir menghiburkan peminat di Malaysia pada November 2017, penyanyi British, Ed Sheeran akan kembali mengegarkan Kuala Lumpur menerusi konsert jelajah Asia Divide 2019.

Kuala Lumpur menjadi persinggahan bersama-sama lokasi lain di Asia seperti Seoul, Tokyo, Osaka, Singapura, Bangkok dan Jakarta.

Ed akan mengadakan konsert pada 13 April ini bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil. Stadium tersebut mempunyai kapasiti sebanyak 80,000 penonton.

Penganjurnya, PR Worldwide akan membuka tiket jualan menerusi myticket.asia bermula 15 Januari ini bermula jam 10 pagi.

Tiket-tiket berharga RM98, RM198, RM298, RM358 dan RM488. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend