AntarabangsaHollywood

Edie Falco Dedahkan Belum Pernah Tonton Siri The Sopranos

Walaupun sudah 20 tahun rancangan bersiri televisyen The Sopranos telah disiarkan, namun pelakon rancangan berkenaan iaitu Edie Falco, 55, yang memegang watak sebagai Carmela Soprano mendedahkan masih belum menonton siri ikoniknya.

“Saya sebenarnya masih belum pernah menonton tayangan perdananya dan terlalu banyak episod yang saya tidak tengok”, ujarnya.

Oleh demikian, bagi menghargai tayangan perdana yang telah berlangsung dua dekad lalu, Edie serta beberapa ahli panel yang lain telah dikumpulkan semula di teater SVA yang berlangsung di New York sempena ulang tahun ke-20 rancangan berkenaan bagi mengenang kembali siri jenayah tersebut.

The Sopranos merupakan sebuah rancangan bersiri jenayah yang diarahkan oleh David Chase yang mula ditayangkan pada tahun 1999 dan telah bersiaran selama enam musim sebelum ditamatkan pada tahun 2007. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button