AntarabangsaHollywood

Elak Risiko Lumpuh, Ruby Rose Jalani Pembedahan Tulang Belakang

Ruby Rose, 33, mendedahkan dia terpaksa menjalani pembedahan membetulkan tulang belakangnya selepas dia mengalami kecederaan beberapa bulan lalu akibat melakukan babak aksi lasak menerusi filem Batwoman.

Menurut pelakon kelahiran Australia yang juga merupakan seorang supermodel ini, kecederaan tersebut jika tidak dirawat segera boleh memberikan risiko dia lumpuh seumur hidup.

Menerusi perkongsian di laman Instagramnya, Ruby menulis ucapan penghargaan kepada pasukan doktor dan jururawat yang telah melakukan pembedahan terhadapnya.

“Terima kasih kepada Dr Bray untuk segala yang telah anda lakukan. Saya terhutang budi dengan anda kerana telah ‘menyelamatkan’ saya untuk terus bekerja dan melakukan apa yang saya suka,” tulisnya.

Ruby juga sempat berseloroh mengatakan dia meminta video diambil ketika pembedahan sedang berlangsung kerana enggan ada bendasing memasuki tubuh badannya.

“Kenapa sesiapa yang tanya kenapa saya ambil video, anda tak tengok episod Grey’s Anatomy di mana doktor secara tidak sengaja telah tertinggalkan tuala dalam badan pesakit yang menjalani pembedahan?? Sebab itu saya nak tengok balik video ketika badan saya dibedah,” katanya berseloroh. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button