Cerita ArtisHiburan

Elite Tak Jangka Dapat Kedudukan Tercorot Minggu Pertama GV5

Kumpulan Elite tidak menyangka akan berada di kedudukan paling tercorot ketika menjayakan konsert pertama Gegar Vaganza musim kelima (GV5).

Elite yang dianggotai, Azza, Linda dan Sasha menyangkakan persembahan Tamparan Wanita itu akan berjaya sekurang-kurangnya berada di kedudukan tengah-tengah bersama peserta lain.

“Kami tak jangka berada di kedudukan paling bawah sebab kami agak mesti kami berada di tengah-tengah kedudukan. Kami macam pelik juga tapi tidak mengapa itu pendapat juri.

“Nak letak kami di tempat terakhir adalah gimik mereka ke, kami tak tahu dan kami tak kisah. Kami suka ambil pendapat orang luar juga sebab mereka lagi boleh nampak kesalahan dan kelemahan kita.

“Kalau tengok komen-komen yang ditinggalkan di Instagram kami, tak ramai yang kutuk persembahan kami, malah ramai yang puji persembahan kami,” kata Linda kepada KopiPlanet.com.

Elite ditemui sebaik selepas konsert pertama Gegar Vaganza 5 di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor, semalam.

Walaupun akur dengan keputusan di tangga tercorot, namun Elite tidak menjadikan perkara itu sebagai pematah semangat buat mereka memberikan persembahan terbaik di pentas GV5.

“Berada di tangga tercorot tidak melemahkan semangat kami. Menang atau kalah bukan matlamat untuk kami masuk GV5 sebab kami buat semua ini adalah untuk peminat di luar sana.

“Kami di sini untuk ambil pengalaman dan mana pendapat dan teguran daripada juri kami akan ambil dan jadikan ia sebagai satu pelajaran untuk Elite,” ujar Linda lagi.

Untuk konsert minggu kedua, Elite akan menyanyikan lagu dendangan asal daripada Amelina iaitu Bulan Cinta. Menyentuh mengenai lagu dangut, Azza berkata, “Kami suka lagu dangdut dan untuk persembahan minggu hadapan kami hanya nak enjoy di atas pentas.”

Selain Elite, GV5 turut disertai Zamani, Shafie Rio, Amelina, Hetty Sarlene, Dia Fadila, Maya, Safura, Farawahida, Noryn Aziz, Forteen dan Billy Zulkarnain. – KopiPlanet.com

Kredit foto: Instagram Sasha Saidin

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button