Cerita ArtisHiburan

Elizad Benarkan Suami Kahwin Lagi Tapi Dengan Syarat…

Pelakon Elizad Sharifuddin menyatakan dia sedia memberi keizinan kepada suaminya, Shamsul Baharin Rahman sekiranya suaminya ingin berkahwin lain.

Biarpun memberi keizinan kepada suaminya itu, namun Elizad memberikan syarat supaya meminta dirinya dilepaskan memandangkan dia tidak kuat untuk berhadapan dugaan dalam hidup bermadu.

“Saya secara jujur pernah cakap dengan suami, memang hidup bermadu itu manis dan indah. Memang kami belum dapat anak lagi dan kalau suami nak kahwin lain saya izinkan, tetapi saya minta dia lepaskan saya. Jujur cakap, saya tak boleh bayangkan suami bermesra malam-malam dengan wanita lain.

“Saya tahu saya orang yang tak boleh (bermadu) dan akan undur diri sebab saya tak nak hidup saya setiap hari berkata-kata pasal madu, padahal bila dah bermadu ini maksudnya hati kita dah redha. Dalam hidup saya nak cari pahala,” katanya kepada KopiPlanet.com ketika ditemui pada majlis santai tayangan episod terakhir drama rantaian Syurga Yang Kedua di The Podium, Damansara semalam.

Drama bersiri 70 episod itu menyaksikan Elizad membawa watak isteri pertama Daniel iaitu Sabrina. Watak Daniel dilakonkan oleh Zarul Husin.

Selain Elizad dan Zarul, Syurga Yang Kedua turut dibintangi Fasha Sandha, Azizah Mahzan, Datuk Jalaludin Hassan, Fatin Afeefa, Sherry Ibrahim, Beego, Zarynn Min dan Fazlina Ahmad Daud.

Menurut Elizad, Syurga Yang Kedua bukan merupakan sebuah drama yang cuba mempromosikan poligami, sebaliknya ia hanya ingin menunjukkan realiti yang dilalui kebanyakan pasangan hidup bermadu pada masa kini. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button