Cerita ArtisHiburan

Elly Mazlein Bengang Bekas Suami Masih Liat Bayar Nafkah Anak

Penyanyi Elly Mazlein sekali lagi meluahkan perasaan di laman Instagramnya apabila bekas suaminya, Azmi Hatta masih lagi liat memberikan nafkah buat cahaya mata mereka, Putri Sara Sefhia.

Menerusi kapsyen di Instagramnya, Elly berkata Azmi kini sudah pun menubuhkan syarikat produksinya sendiri namun masih lagi ‘ingkar’ arahan mahkamah untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa kepada Sefhia.

“Azmi Hatta dah buka syarikat produksi. Mewah sekarang, tapi tanggungjawab pada anak pula diabaikan. Sempit rezeki berkira dengan darah daging sendiri,” tulisnya.

Menurut Elly lagi, alasan bekas suaminya yang tidak mampu membayar jumlah nafkah sebulan RM1,500 untuk Sefhia kerana mempunyai komitmen membayar ansuran motosikal berkuasa tinggi miliknya yang berharga RM1,150 sebulan.

Menurut Elly lagi, untuk perayaan Hari Raya Aidilfitri kali ini, Azmi juga tidak memberikan sebarang nafkah untuk persiapan raya Sefhia.

Elly dan Azmi berkahwin pada 9 November 2014 dan bercerai pada 15 Oktober 2015 ketika Elly sedang hamil empat bulan.

Azmi kemudiannya bernikah dengan pelakon Faye Kusairi pada 9 April 2017 dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Alif Azmi. – KopiPlanet.com

Foto: Instagram Elly Mazlein

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button