EventHiburan

Elvira Protege Misha Omar Juara Mentor Otai Musim Pertama

Elvira yang merupakan protege kepada Misha Omar menepati0pp ramalan ramai apabila namanya dinobatkan sebagai pemenang Mentor Otai musim pertama.

Dengan kejayaan itu, Elvira atau nama sebenar Elvira Carrie Olga Arul, 38, berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 beserta trofi.

Menerusi konsert akhir itu, Elvira menyampaikan lagu Bukan Dia Tapi Aku nyanyian asal Judika dan lagu duet Nur Nilam Sari bersama Azlan Typewriter.

Naib juara pula menjadi milik Azee yang merupakan protege kepada Zarul Husin. Dengan kemenangan itu, Elvira menerima wang tunai RM50,000 beserta trofi.

Tempat ketiga pula disandang protege Siti Sarah iaitu Alina yang membawa pulang RM20,000 beserta trofi. Protege Tam Spider, AJ pula sekadar berpuas hati di tempat keempat membolehkannya membawa pulang RM5,000 dan trofi.

Persembahan finalis 50 peratus markah diadili juri tetap iaitu Edry Abdul Halim dan Mark Adam manakala 20 peratus daripada juri awam dan selebihnya menerusi undian penonton di laman web XTRA.

Konsert akhir itu turut dimeriahkan dengan persembahan daripada Kugiran Masdo dan Saleem.

Mentor Otai yang bersiaran sejak 18 Mac lalu disiarkan secara langsung dari Sri Pentas 2, Shah Alam pada setiap Ahad jam 9 malam di TV3. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button