• FOLLOW US
Antarabangsa, Hollywood

Emma Roberts & Evan Peters Putus Lepas Tujuh Tahun Bersama

Percintaan selama tujuh tahun di antara pasangan pelakon Emma Roberts dan Evan Peters akhirnya terlerai apabila mereka dikatakan sudah putus tunang sejak Februari lalu.

Memetik E! News, sumber yang rapat dengan Emma mengatakan hubungan mereka putus beberapa hari selepas Hari Kekasih lalu.

“Perhubungan mereka sentiasa ada turun dan naik dan perpisahan itu sudah dijangka akan berlaku sejak dulu lagi,” kata sumber itu.

Hubungan Emma, 28, dan Evan, 32, sebelum ini sentiasa dalam radar ‘on and off’ malah mereka pernah bergaduh teruk sehingga melibatkan penglibatan pihak polis.

Susulan putus dengan Evan, Emma kini dikatakan sudah bertemu pengganti apabila dikaitkan bercinta dengan pelakon Garrett Hedlund.

Sebelum berhubungan dengan Emma, Garrett, 35, pernah bercinta dengan aktres Kirsten Dunst dari tahun 2011 hingga 2016. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend