
Emma Watson Kembali Ke Pangkuan Chord Overstreet
Selepas sebulan putus cinta, pelakon Emma Watson kini dikatakan kembali menjalin percintaan dengan bekas kekasihnya, pelakon siri Glee, Chord Overstreet.
Pasangan ini secara terbuka memaparkan kemesraan dengan berciuman di sebatang jalan di Los Angeles, Amerika Syarikat baru-baru ini.
Aksi mesra itu berjaya dirakam paparazi sekali gus menjawab mengenai gosip hubungan mereka sebelum ini.
Peminat Emma sebelum ini membuat spekulasi aktres kesayangan mereka putus dengan Chord selepas pelakon itu tidak lagi mengikuti Instagram kekasihnya di laman sosial popular itu.
Pelakon yang mula dikenali menerusi filem francais Harry Potter itu sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan yang dia sama sekali tidak akan berkongsi kisah percintaannya kepada umum dan hanya mahukan karier seninya diberi perhatian. – KopiPlanet.com



