Cerita ArtisHiburan

Farid Kamil Direman Sehari Lagi, Adik Tampil Mohon Maaf

Mahkamah telah memutuskan tempoh tahanan reman pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil bersambung satu hari lagi sehingga esok.

Perintah itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Majister Hairul Azhar Mohd Ishak di Kompleks Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini.

Terdahulu, Farid telah ditahan reman selama empat hari bermula Jumaat lalu dan berakhir hari ini.

Aktor berusia 37 tahun itu ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 kerana berkelakuan tidak senonoh di balai polis serta Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana perlakuan yang menyebabkan kecederaan.

Selain itu, Farid juga direman atas Seksyen 90 Akta Polis, Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

Pelakon dan pengarah berkenaan tiba di mahkamah pada jam 11.30 pagi, berpakaian baju kemeja berwarna kelabu dan seluar lokap ungu.

Prosiding reman mengambil masa kira-kira satu jam sebelum aktor itu dibawa keluar pada pukul 12.30 tengah hari.

Farid mengatakan dia berada dalam keadaan baik dan sempat melambai ke arah media yang membuat liputan kesnya.

“Kesihatan saya baik. Saya baik-baik sahaja,” katanya.

Turut hadir ke mahkamah ialah dua adik Farid iaitu Anis Anwar dan Fadzil Zahari yang juga merupakan seorang pelakon.

Dalam pada itu, adik kepada pelakon berkenaan, Fadzil mewakili abang dan ahli keluarganya memohon maaf terhadap individu yang dicederakan Farid seperti mana mengikut laporan pihak polis.

Fadzil yang ditemui di Kompleks Mahkamah Majistret Petaling Jaya berkata, “Saya mewakili abang dan seluruh ahli keluarga, kami memohon maaf terhadap individu-individu yang mengalami kecederaan (yang dikasari oleh Farid).”

Fadzil yang ditemani adiknya, Anis Anwar hadir ke mahkamah bagi mengikuti prosiding reman Farid yang bersambung sehingga esok.

Menurut Fadzil, hari ini dia melihat Farid berada dalam keadaan yang agak tenang dan lebih terurus penampilannya.

“Hari ini saya tengok emosi dia nampka lebih tenang dan penampilan dia pun okey,” katanya.

Sementara itu, Anis yang merupakan seorang doktor berkata, pihak keluarga mereka ingin memberi fokus terhadap tahap kesihatan Farid terlebih dahulu.

“Selepas ini fokus utama kami adalah untuk memeriksa tahap kesihatan Farid dan kami meletakkan sakit mental itu kemungkinan yang paling bawah sekali. Farid mungkin kami akan bawa ke hospital untuk melakukan ujian bagi melihat sebarang kemungkinan tersebut.

“Banyak langkah yang kena dibuat sebelum sesuatu keputusan itu dibuat. Ramai orang kita ingat sakit mental itu orang gila sahaja, namun yang sebenarnya stress pun merupakan salah satu faktor kepada sakit mental. Kami kena buat diagnosis doktor dahulu dan tengok hasil pemeriksaan itu macam mana nanti,” katanya.

Farid ditahan kerana mencederakan anggota polis dan orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara, Khamis lalu. Ujian saringan air kencing mendapati Farid positif dadah jenis ganja ketika dia ditahan.

Farid ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 kerana berkelakuan tidak senonoh di balai polis serta Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana perlakuan yang menyebabkan kecederaan.

Selain itu, Farid juga direman atas Seksyen 90 Akta Polis, Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button