Cerita ArtisHiburan

Farid Kamil Ditahan Berkelakuan Tidak Senonoh, Cederakan Penjawat Awam

Pelakon Datuk Farid Kamil telah ditahan setelah berkelakuan tidak senonoh, merusuh, menyerang serta mencederakan seorang penjawat awam yang sedang bertugas.

Menerusi satu laporan yang kini sudah tular, kejadian berkenaan berlaku ketika pelakon berkenaan bersama seorang orang awam yang membantunya yang terlibat kemalangan untuk membuat laporan di balai polis trafik.

“Semasa pengadu bertanya kepada lelaki tentang kejadian kemalangan, lelaki itu (Farid) telah menunjukkan telefon bimbit bertulis ‘300 artis meminjam ah long kerana tiada kerja’.

“Lalu pengadu bertanya kepada lelaki tersebut. Lelaki tersebut marah dan telah menampar pengadu (yang merupakan seorang anggota polis) disaksikan oleh Kpl 110562 dan tiga orang awam,” jelas laporan berkenaan.

Dalam laporan berkenaan, lelaki yang sama telah menyepak orang awam lain dan pengadu telah membuat tangkapan ke atas lelaki tersebut kerana berkelakuan merusuh, berkelakuan tidak senonoh serta mencederakan pengadu yang juga seorang penjawat awam yang sedang menjalankan tugas rasmi mengikut fungsi tugasnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button