Cerita ArtisHiburan

Fasha Enggan Ulas Video Mesra Dengan Aidil, Akui Masih Single

Pelakon Fasha Sandha mengambil pendekatan enggan mengulas lanjut selepas video mesranya bersalaman dan berpelukan dengan pelakon Aidil Aziz tersebar baru-baru ini.

Aktres itu bagaimanapun mengakui Aidil merupakan antara rakan artis yang paling rapat dengan dirinya buat masa ini.

“Saya tak bersedia nak bercakap apa-apa. Kami berkawan sahaja dan saya tak nak komen lebih lanjut mengenai perkara ini.

“Apa yang boleh saya katakan status saya kini adalah ‘single but not available’.

“Mengenai Aidil, kami memang rapat sebab sering kali berjumpa atas tuntutan kerja. Apa yang boleh saya katakan dia kawan yang paling rapat dengan saya sekarang.

“Mengenai video itu, maaf.. saya enggan beri sebarang komen,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Fasha ditemui pada majlis preview filem Blok 404 yang diadakan di MM2 Cineplexes, Mutiara Damansara semalam.

Selain Fasha, filem arahan Isma Yusof itu turut dibintangi Datuk Dr Boy Iman, Amar Asyraf, Risteena Musnim, Nadia Brian, Adrea Abdullah, Aedy Ashraf, Zamarul Hisham dan Kilafairy.

Blok 404 bakal ditayangkan di 59 pawagam seluruh negara bermula Khamis ini (28 Jun).

Menurut Fasha lagi, dia enggan mengulas lanjut mengenai perhubungan dengan mana-mana jejaka sekiranya masih belum mempunyai ikatan yang sah dalam perhubungan tersebut.

Ibu kepada dua cahaya mata itu juga berkata dia kini selesa menjalani kehidupan sebagai seorang yang tidak terikat dengan mana-mana perhubungan istimewa.

“Ramai peminat suka tengok saya dengan Aidil mungkin disebabkan Aidil bujang dan saya sendiri memang selesa berkawan dengan dia.

“Saya lebih senang bercakap yang kami berkawan rapat.

“Bagi saya ia bukan satu perkara yang mudah untuk kembali berkahwin sebab saya sedang menikmati kehidupan sebagai seorang yang ‘single’ pada ketika ini,” katanya lagi.

Fasha, 34, sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 27 April 2012 namun disahkan bercerai talak satu pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Putra Rayfal Ramli, 4, dan Putri Raysha Jemyma, tiga tahun. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button