• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Fasha Sandha Belum Bersedia Untuk Bertudung, Mohon Diberi Masa

Pelakon Fasha Sandha memohon agar para peminat memberikannya masa dan ruang untuk melihatnya tampil dengan imej berhijab penuh.

Sejak kebelakangan ini, Fasha sering kali memuat naik gambarnya yang lengkap bertudung di laman Instagram sehingga mendapat perhatian meluas daripada peminatnya.

“Saya tidak nafikan ramai peminat yang suka dan mengharapkan saya bertudung, malah bersyukur peminat sentiasa mendoakan yang terbaik buat saya. Cuma buat masa sekarang saya sedang belajar (memakai tudung). Saya akui masih tidak sempurna, tetapi masih dalam proses sedang belajar.

“Perkara ini tak boleh berjanji sangat sebab nanti orang akan salah erti. Saya akui iman manusia kadang-kadang rapuh. Doakan yang baik-baik dan dipermudahkan segalanya,” katanya.

Fasha berkata demikian kepada ketika ditemui pada majlis pelancaran Aurawhite Sparkle Diamond Skincare di Hotel Palace of Golden Horses, Seri Kembangan hari ini.

Menurut Fasha lagi, suaminya, Aidil Aziz tidak pernah mendesaknya untuk memakai tudung, sebaliknya memberi sepenuh kebebasan kepadanya berhubung perkara tersebut.

“Aidil tak pernah suruh atau meminta untuk saya pakai tudung. Dia tidak kisah dan beri ruang kepada saya malah dia tidak pernah sesekali mendesak saya.

“Saya sedang belajar perlahan-lahan dan saya sangat hargai semua doa peminat sebab benda ini adalah satu kebaikan buat saya. Saya tahu peminat mahukan yang terbaik buat saya,” katanya lagi. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend